BANTUAN

E-Wallet RM300 : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Kredit Percuma

E-Wallet RM300 : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Kredit Percuma.
Bantuan e-wallet ini merupakan inisiatif tambahan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia dalam usaha kerajaan negeri membantu golongan yang memerlukan.

Walaubagaimanapun, bantuan ini hanya tertumpu kepada rakyat negeri Selangor sahaja yang berpendapatan bulanan dibawah RM3000 sebulan. Selain itu, individu tersebut perlu menuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Beirkut dikongsikan maklumat terperinci mengenainya.

E-WALLET RM300 BINGKAS

bantuan kredit e-wallet ini hanya tertumpu kepada rakyat negeri Selangor sahaja. Inisiatif ini akan dilaksanakan menerusi program BINGKAS dimana ianya akan memanfaatkan seramai 30 ribu rakyat negeri Selangor yang berkelayakan.

Ianya adalah bertujuan bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam mengurus hal ehwal keluarga mereka. Namun, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan agar bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

e-wallet rm300

SYARAT PERMOHONAN 

Seperti yang telah dinyatakan diatas, bukan semua adalah layak. Mereka perlulah memenuhi beberapa kriteria kelayakan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

Selain itu, sila pastikan anda melengkapi beberapa dokumen sokongan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

KADAR BAYARAN

Sekiranya ketua isi rumah tersebut layak, mereka akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM300 yang akan dikreditkan kedalam E-WALLET secara automatik.

Info tambahan : Bantuan E-Wallet RM300 ini bukanlah berbentuk wang tunai, dan ianya digunakan hanya untuk menebus keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan persekolahan.

MANFAAT BINGKAS

Pelbagai manfaat yang akan diperolehi sekiranya individu tersebut layak. Antaranya adalah :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

CARA MOHON KREDIT E-WALLET RM300

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk memohon kredit e-wallet RM300 BINGKAS ini :

  • Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
  • Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button