Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini.
Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 tadi. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ sebentar tadi.
Oleh itu, pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat ringkas mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi Kategori Bujang.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BUJANG)
- Isi Rumah mempunyai 3 orang anak – RM2,000
- Bapa tunggal / ibu tunggal – RM500
- Warga Emas – RM300
BELANJAWAN 2022
Belanjawan 2022 kali ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, akan mendokong tiga paksi dan mengekalkan tiga fokus induk utama iaitu :
Tiga Paksi Utama
- Memperkukuh Pemulihan
- Membina Daya Tahan
- Memacu Pembaharuan
Tiga Fokus Utama
- Pertama : Rakyat Yang Sejahtera
- Kedua : Perniagaan Yang Berdaya Tahan
- Ketiga : Ekonomi Yang Makmur dan Mampan
Amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan untuk membantu rakyat dengan keadaan pandemik kini dalam menyelesaikan masalah perbelanjaan.