BANTUANBELANJAWAN 2022

Rasmi : Program Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 Sebulan Khas Untuk Golongan B40

Ketika ini, terdapat satu jenis bantuan khas untuk golongan B40 di Malaysia. Setiap kelayakan, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM300 sebulan.

Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan BINGKAS ataupun lebih dikenali bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi memudahkan juga meringankan beban mereka yang memerlukan.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA (BINGKAS)

Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.

SYARAT PERMOHONAN 

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MEMOHON 

Untuk memohon bantuan ini, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button