STR FASA 2 : Bayaran Mula Dikreditkan Ke Akaun BSN Penerima.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan tunai yang akan disalurkan secara berfasa. Seperti yang anda tahu, bayaran bagi fasa pertama mula disalurkan pada Januari lalu dimana 8.2 juta penerima telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.
Terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bahawa bayara STR Fasa 2 akan mula dilaksanakan pada minggu ini. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
STR FASA 2
Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali STR akan diteruskan lagi pada tahun ini. Pada minggu ini, bayaran bagi fasa kedua akan mula disalurkan. Dianggarkan, seramai 8.4 juta penerima akan mendapat manfaat pelaksanaan bantuan tunai ini.
Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan dalam pelaksanaan fasa kedua ini dimana individu yang berkelayakan akan menerima bayaran sebanyak RM100 sehingga maksimum RM650.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah diumumkan kelmarin, bayaran ini akan mula dikreditkan pada :
- 3 APRIL 2024 (RABU)
“Selain dikreditkan ke dalam akaun penerima, sumbangan tersebut akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat- peringkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.” Perdana Menteri.
BAYARAN MULA DIKREDITKAN
Menerusi perkongsian di media sosial seperti Facebook, ramai mendakwa bayaran STR Fasa 2 ini telah mula dikreditkan ke akaun BSN. Berikut adalah skrinshot :