Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 2 Telah Diumumkan

judul gambar

Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 2 Telah Diumumkan.
Seperti yang anda tahu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 telah selesai disalurkan kepada penerima yang layak bermula 29 januari lalu. Dianggarkan, seramai 8.2 juta penerima mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

Pelaksanaan STR 2024 ini akan melalui 4 fasa bayaran dan akan diagihkan secara berperingkat. Seperti yang anda tahu, bayaran Fasa 1 telah selesai dilaksanakan. Bagi fasa 2 pula akan dikreditkan tidak lama lagi. Nak tahu bila? Ikuti perkongsian dibawah.

STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali STR akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaannya tahun hadapan bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima. Jumlah penerima ini telah meningkat daripada 8.7 juta sebelum ini.

Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan sebuah bantuan tunai sama seperti BPR, BKM sebelum ini. Ianya bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang terdiri daripada beberapa kumpulan seperti Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas.

judul gambar

KADAR BAYARAN STR FASA 2

Buat masa ini, tiada makluman lagi mengenai kadar bayaran yang akan diterima pada fasa 2 nanti. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

STR FASA 2

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Seperti yang telah dijadualkan, kerajaan mengumumkan bahawa bayaran STR 2024 ini akan melalui 4 fasa bayaran. Bagi bayaran fasa kedua pula, ianya akan mula disalurkan pada :

  • APRIL 2024

Tiada tarikh rasmi lagi diumumkan. Apa yang pasti, pihak kami jangkakan ianya akan disalurkan sebelum AIDILFITRI 2024 sama seperti pelaksanaan STR 2023.

SEMAKAN STATUS STR FASA 2

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment