Bantuan Ramadhan RM500 Dikreditkan 27 Mac 2024 Untuk Rakyat Malaysia.
Sempena bulan Ramadhan yang akan bermula pada minggu hadapan, kerajaan negeri bersetuju akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 khas untuk individu yang berkelayakan.
Bantuan ini adalah salah satu inisiatif yang dilancarkan untuk membantu rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menyambut bulan puasa yang mulia, memulakannya dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.
Penerima bantuan berkaitan termasuk penerima bantuan bulanan, elaun sara hidup, sewa rumah dan rawatan perubatan am.
BANTUAN RAMADHAN RM500
Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia khususnya mereka yang ketandusan persiapan menghadapi bulan puasa yang tentunya penuh dengan cabaran kerana ia datang dengan persiapan anak-anak ke sekolah.
KADAR BAYARAN
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan one-off sebanyak RM500 secara tunai atau melalui akaun bank berdaftar untuk menyambut bulan puasa yang mulia dengan fikiran terbuka.
Walaubagaimanapun, kadar bayaran bagi bantuan ini hanya akan melalui beberapa kriteria kelayakan agar ianya disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
TARIKH BAYARAN
Untuk makluman, bantuan ramadhan RM500 ini akan dibayar secara berperingkat kepada individu yang layak. Ianya akan mula disalurkan pada :
- 27 Mac 2024
Pembayaran juga dibuat secara berperingkat, dan segala urusan berkaitan bantuan akan diselesaikan dengan cepat dan cekap tanpa membebankan mana-mana pihak.
Info Tambahan : Tarikh pembayaran juga ditentukan oleh setiap negeri dan jabatan yang terlibat dalam mentadbir segala urusan berkaitan bantuan.
BANTUAN RAMADHAN RM500 : SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan penerima bantuan bergantung kepada mereka yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Mesti telah menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
- Berdasarkan kiraan islamiah.
SEMAKAN KELAYAKAN
Berikut adalah cara untuk membuat semakan kelayakan :
- Sila layari laman web rasmi MAIWP; atau klik pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
- Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
- Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
- Masukkan nombor ID pemohon (berdaftar) tanpa (-), contohnya: 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik Semak permohonan.
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.