BANTUANPERMOHONAN/SEMAKAN

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup Daripada MAIPk Sebanyak RM400

Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) ada menyediakan satu bantuan kewangan secara bulanan iaitu Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup.

Program bantuan ini khususnya untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas sumber pendapatannya akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan mereka terpaksa diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa, diberi cuti tanpa gaji atau lain-lain alasan lagi.

Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan maklumat terperinci mengenai Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk. Ikuti perkongsian di bawah.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN 

Melalui Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup ini, MAIPk akan mensasarkan kepada 3 kategori penerima yang layak. Antaranya :

  • Kategori Pertama (Bantuan RM200 One Off)
  • Kategori Kedua (Bantuan RM400 One Off)
  • Kategoi Ketiga (Bantuan RM400 One Off)
Berikut dikongsikan perincian mengenai setiap kategori yang disebutkan di atas :

Kategori Pertama (Bantuan RM200 One Off)

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga Jun 2021
  • Penerima Bantuan Kewangan :
    – Bulanan Fakir / Miskin, Muallaf dan Anak Yatim
    – Sewa Rumah

Kategori Kedua (Bantuan RM400 One Off)

  • Golongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan / Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Golongan Sasaran seperti :
    – Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (Berdaftar dengan Jabatan Aaama Islam Perak)
    – Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaa Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    -Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM)
    – Usahawan Asnaf (berdaftar di bawah MAIPk)
    – Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
    – Pemandu Lori / Pemandu Bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP)
    – Orang Kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM)
    – Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak
    – Pengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA)
    – Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC)
    – Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandi yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Kategori Ketiga (Bantuan RM400 One Off)

  • Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapat bantuan ini, antaranya :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin atau bekerja di Negeri Perak
  • Pendapatan kasar tidak lebih had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077
  • Terkesan dengan Covid-19 sepetri urusniaga tertangguh / pekerjaan harian / diberhentikan kerja / direhatkan tanpa gaji
  • Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja layak memohon)
  • Ketua Isi Rumah atau pasangan tidak tergolong dalam kategori pertama (penerima bantuan kewangan bulanan dan sewa rumah MAIPk)
  • Akaun bank atas nama penerima bantuan (jika tiada, nama pasangan atau anak dibenarkan)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Sedia maklum, Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk ini terdiri daripada 3 kategori. Ini kerana, bantuan Dana Khas semasa PKP 3.0 ini tidak dibuat melalui kaedah permohonan secara individu. 
Berikut adalah kaedah penyaluran bantuan mengikut kategori masing-masing :

Kategori Pertama

  • Bagi kategori ini, tiada permohonan apa-apa perlu di lakukan. Ini kerana, bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akun bank penerima secara berperingkat bermula Jun 2021

Kategori Kedua

  • Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

Kategori Ketiga

  • Kategori ketiga ini pula, penerima akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung. Ianya melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.

Related Articles

2 Comments

  1. Asslamualaikum

    Saya syahrol mohon bantuan

    Saya bekerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital hampir rm20 ribu.anak saya minggu lepas menjalani pembedahan buah pinggang.
    Anak saya sejak lahir dari 05.06.2021 dah di sah kan doktor pakar yang anak saya jantung besar,buah pinggang sebelah kanan besar dan sakit ginjan…pada 11.09.2021 saya keje kontraktor T.N.B di semenyih dan isteri saya call dan saya terus balik gombak dan alhamdulilah saya sempat bawak anak saya ke HOSPITAL TUNKU AZIZAH KUALA LUMPUR…anak saya di tahan di icu kritikal…anak saya menjalani pembedan buah pinggang dan doktor pakar saleha bagi tahu saya dan isteri saya yang saya kena siap kan RM20 RIBU @ RM 35 RIBU dan sekarang dah selesai bedah dan saya perlu bayar RM18 RIBU…saya memang kerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital sebanyak RM18 RIBU…saya mohon pada orang ramai yang dapat membantu saya seadanya demi anak saya…saya hanya mampu mendoa kan orang yang tolong saya demi anak saya ini akan bertambah mudah rezeki dan sihat selalu…saya tidak menipu tapi hanay ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU…

    *DERMA KILAT DAN SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN*

    Allahuakbar.
    satu perkhabaran yang mengejutkan untuk keluarga kami terima hari ini berita anak abang saya shahrol bin sarbani yang berusia 3bulan telah mengalami komplikasi ginjal kanan ada dua,ginjal kiri ada batu dan terpaksa menjalani pembedahan untuk menebuk lubang bagi mengeluarkan air kencing. Kini adik aqilla menerima rawatan di Hospital

    Marilah kita sama-sama membantu hulurkan derma, infaq, zakat, sedekah bagi meringankan beban keluarga abang saya.

    P/s:- Anggaran kos operation sebanyak 35K
    Diperlukan segera!!! Pada yg ingin menyumbang dan ingin tahu detail boleh hubungi

    Alamat rumah
    No 158 (88) 1b jalan gombak batu 5 gombak 53000 kuala lumpur…

    Maybank
    164061878494
    Shahrol sarbani(bapa)

    Maybank
    151584137594
    Saliza sarbani(ibu saudara)

    Saya mohon ada yg sudi membantu saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button