Alhamdulillah, rezeki untuk rakyat Malaysia sekiranya anda adalah permastautin tetap bagi negeri Selangor. Anda adalah layak untuk menerima bantuan e-wallet ini.
Mungkin ramai dikalangan rakyat negeri Selangor tidak mengetahui bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri tersebut, terdapat satu bantuan yang boleh anda manfaatkan menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS).
Individu yang berkelayakan, mereka akan menerima bantuan e-wallet berjumlah RM300. Apa yang menariknya, bantuan ini akan disalurkan secara bulanan. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA (BINGKAS)
Bantuan ini bertujuan bagi mengiktiraf peranan penting sekiranya anda adalah ketua bagi setiap keluarga agar dapat menguruskan keluarga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sempurna.
Bantuan ini tertumpu bukan sahaja kepada golongan ibu malah seluruh isi keluarga pun turut akan menerima manfaat bantuan BINGKAS ini.
Dianggarkan, seramai 30,000 keluarga akan menerima bantuan RM300 sebulan ini sekurang-kurangnya ianya dapat menampung perbelanjaan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
MANFAAT BINGKAS
Sekiranya individu tersebut berkelayakan, beberapa manfaat akan diperolehi antaranya :
- Had pembelian Rm300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
PENERIMA BINGKAS
Berikut adalah skrinshot daripada penerima yang telah mendapat bantuan Bingkas ini :
SYARAT PERMOHONAN
Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS
Program ini dibuka untuk :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
CARA MEMOHON
Berikut adalah langkah bagi setiap permohonan :
- Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
- Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.