Bantuan Khas Kewangan RM1000 Akan Dikreditkan Bulan Depan

BKK: Bantuan Khas Kewangan merupakan sebuah program bantuan kewangan yang istimewa yang akan memberikan kredit minimum sebanyak RM1,000 kepada individu yang layak pada bulan hadapan (Disember) 2023.
BANTUAN KHAS KEWANGAN
Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memberi bantuan kepada rakyat. Salah satu insentif yang akan diberikan adalah bantuan khas kewangan di negeri Selangor. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan yang dialami oleh penduduk Selangor dalam keadaan yang mencabar seperti ini.
Pada sidang Belanjawan 2024, Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shaari, telah mengumumkan pemberian insentif istimewa kepada rakyat Selangor. Beliau mengumumkan bahawa bantuan khas kewangan (BKK) akan diberikan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada mereka yang layak.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN
Seperti yang telah diumumkan, sebanyak RM40.3 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan insentif tambahan khas untuk kakitangan awam di negeri tersebut. Mereka yang terlibat bakal menerima bayaran sebanyak :
- RM1000
TARIKH BAYARAN
Bayaran bantuan ini akan dibayar secara berperingkat bermula :
- 28 DISEMBER 2023 (satu bulan gaji)
- FEBRUARI 2024 (setengah bulan gaji)
KAEDAH BAYARAN
Bayaran akan di salurkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang berkelayakan bermula 25 DISEMBER 2023 dan bayaran kedua pula pada 24 Februari nanti.
BANTUAN KHAS LAIN
Untuk makluman anda semua, perlbagai lagi bantuan yang anda boleh dapatkan sekiranya anda adalah rakyat negeri Selangor. Antaranya adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS). Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk B40.
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
manilengchai6@gmail.cam