BANTUAN

Bantuan MYKAD RM100 – RM1200 Untuk Penerima STR

Bantuan MYKAD RM100 – RM1200 Untuk Penerima STR
Inisiatif tambahan ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR yang layak pada tahun 2024 yang dilaksanakan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (MYSARA).

Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM100 sebulan sepanjang tahun 2024 ini dan menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM1200. Berikut kami kongsikan maklumat terperinci mengenainya.

BANTUAN MYKAD RM100 – RM1200

Bantuan MyKad RM100 ini akan memanfaatkan seramai 700 ribu penerima pada thaun 2024 ini. Angka ini meningkat setelah Perdana Menteri menaiktaraf jumlah penerima berbanding tahun lalu hanya 210 ribu penerima sahaja.

Menerusi program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini, penerima STR yang berkelayakan akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM100 dan ianya akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad secara automatik.

BAYARAN BANTUAN MYKAD RM100

Pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori penerima :

BANTUAN MYKAD RM100

BAYARAN TELAH MULA DIKREDITKAN

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, bantuan ini telah dikreditkan mula hari ini. Ramai yang telah menerima bayaran tersebut.

BANTUAN MYKAD RM100

SEMAKAN KELAYAKAN

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

SENARAI BANTUAN MYSARA 2024

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan bantuan MySara ini :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button