Cara Semak Status Kelayakan BKM 2022
Oktober lalu dalam pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana, isi rumah yang berkelayakan akan menerima bantuan sehingga RM2,000 bahkan maksimum hingga RM2,500. Ianya bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Untuk makluman, tempoh untuk membuat permohonan baru dan mengemaskini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) telahpun tutup dimana tempoh untuk berbuat demikian bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022. Diharap, anda tidak terlepas untuk berbuat demikian bagi menerima bayaran BKM.
Dengan peruntukan berjumlah RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang layak dengan purata pendapatan bulanan RM2,500 kebawah sebulan.
Untuk kali ini, pihak kami ingin berkongsi kepada anda bagaimanakah cara untuk anda membuat semakan status kelayakan anda sebagai penerima BKM 2022. Ikuti perkongsian dibawah.
TARIKH BAYARAN BKM 2022
Bayaran BKM 2022 kali ini akan melalui 4 fasa bayaran, dan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada :
- MAC 2022
SEMAKAN BKM 2022
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelayakan anda.
Semakan Status BKM Terkini
1. Klik Log Masuk
Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.
2. Setelah berjaya log masuk, klik semakan Status
3. Sila semak kata keselamatan, jika betul, masukkan kata lalun BKM
4. Kemudian, klik ‘PETI MEL’
5. Klik perkataan ‘SURAT’
6. Klik ‘PERMOHONAN BKM 2022’
7. Akan dipaparkan maklumat seperti berikut :
(Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKM untuk semakan permohonan)
Jika anda telah membuat semakan ini, anda boleh menunggu maklumat tentang tarikh semakan status kelulus permohonan BKM 2022 anda.
Semakan Status Kelulusan Permohonan BKM 2022
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelulusan permohonan BKM 2022 anda :
- Layari web rasmi BKM iaitu : https://bkm.hasil.gov.my
- Sila isi No. Kad Pengenalan
- Sila lengkapkan ‘CAPTCHA’
- Klik ‘SEMAK’
- Maklumat pemohon BPR sebelum ini akan dipaparkan
- Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti status bayaran, jumlah dan fasa akan dipaparkan
- Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
1. Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
Bayaran Tambahan BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
SOALAN LAZIM
MAKLUMAT LANJUT
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang check status BKM
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut :
03 – 89111000
1000341000161622(BSN)