BANTUAN

Bantuan Bakul Makanan RM100 Sebulan Untuk Penerima STR

Bantuan Bakul Makanan RM100 Sebulan Untuk Penerima STR.
Bantuan ini merupakan inisiatif tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR tahun 2024 ini. Perkara ini telah diumumkan semasa Belanjawan 2024 Oktober lalu.

Pelaksanaan bantuan ini merupakan salah satu program bantuan dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana, penerima STR yang layak akan menerima bantuan bakul makanan untuk tempoh 12 bulan.

BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100

Bantuan Bakul Makanan RM100 ini mula diperkenalkan pada tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan Asas Rahmah adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.

Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima bakal menerima manfaat ini. Walaubagaimanapun, bantuan ini bukanlah berbentuk wang tunai. Akan tetapi, ianya akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh ditebus untuk pembeliaran barangan dapur.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100

Kadar bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan ianya boleh digunakan di kedai runcit atau pasar raya terpilih seluruh Malaysia untuk tujuan pembelian barangan keperluan asas.

Berikut adalah jadual kadar bayaran mengikut kategori penerima :

BANTUAN MYKAD RM100

TARIKH BAYARAN

Bagi tarikh bayarannya pula, ianya akan mula disalurkan bermula :

  • JANUARI 2024 sehingga DISEMBER 2024 (12 Bulan)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Untuk makluman anda semua, bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN MYSARA 2024

Sekiranya anda ingin membuat semakan, berikut kami kongsikan cara-caranya :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button