BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

BKM 2022 : Cara Kemaskini Maklumat Untuk Terima Bantuan Sehingga RM2500

Kita sedia maklum, ketika Pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, satu bantuan baharu telah diperkenalkan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia. Pihak kami jangkakan, bantuan ini bagi menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat.

Oleh itu, ingin diingatkan kepada anda semua bahawa, tempoh untuk membuat PERMOHONAN BARU dan membuat KEMASKINI MAKLUMAT peribadi anda kini telah di BUKA!

Ikuti perkongsian di bawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta penerima. 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM

Seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM, tempoh pengemaskinian maklumat ataupun permohonan baharu BKM ini boleh dibuat bermula :

  • 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 

CARA KEMASKINI BKM

Sekiranya anda penerima BPR sebelum ini yang ada perubahan maklumat contohnya seperti, status bujang berkahwin, bilangan anak bertambah, dan lain-lain lagi, anda dikehendaki membuat kemaskini maklumat anda.
Berikut adalah cara-caranya :

  • Sila ke portal rasmi BKM : https://bkm.hasil.gov.my/
  • Log masuk ID dan Kata Laluan 
  • Klik ‘Kemaskini Permohonan
  • Sila tukar maklumat sekiranya ada perubahan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan diruangan yang disediakan

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

SEMAKAN BKM 2022

Semakan status kelayakan anda boleh dibuat secara online dengan melayari web rasmi BKM iaitu : https://bkm.hasil.gov.my/ 
Sekiranya anda adalah penerima BPR/BKC sebelum ini, anda hanya perlu masukkan :

  • Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘SEMAK
  • Sila sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik ‘YA‘ jika betul
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan sebelum ini dan klik ‘Log Masuk
  • Klik ‘SEMAKAN STATUS
  • Paparan mengenai status kelayakan BKM anda akan dipaparkan.

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    i) Kahwin
    ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
     
  3. Bujang
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
     

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button