E-Dompet 2023 : Cara Tebus Kredit Percuma RM200 Untuk B40

Kerajaan ketika ini sentiasa komited dan memainkan peranan penting dalam membangun bahkan membantu golongan yang berpendapatan rendah dengan memberi bantuan tunai.

Selain bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kini akan melalui fasa akhirnya, terdapat satu jenis bantuan khas untuk golongan B40 di Malaysia. Setiap kelayakan, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM300 sebulan.

Kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda cara untuk mohon dan tebus bantuan ini.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA (BINGKAS)

Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.

MANFAAT BINGKAS

Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :

  • Had pembelian Rm300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

PENERIMA BINGKAS

Berikut adalah skrinshot daripada penerima yang telah mendapat bantuan Bingkas ini :

SYARAT PERMOHONAN 

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MEMOHON 

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu :

  • Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
  • Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.

Leave a Comment