Jabatan Kebajikan Masyarakat atau nama singkatannya JKM merupakan agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian.
Pada setiap tahun, pelbagai bantuan kewangan bertunai tunai akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan terjejas khusunya.
Ketika pembentangan Belanjawan 2025 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam ucapannya, kadar bayaran untuk Warga Emas akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM600 sebulan bermula Januari 2025 nanti. Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan bantuan ini.
BANTUAN WARGA EMAS 2025
Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2024 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Objektif utama bantuan kewangan untuk Warga Emas ini adalah agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
CARA MOHON WARGA EMAS
Berikut adalah cara untuk memohon :
CARA MOHON | DOKUMEN SOKONGAN |
---|---|
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. | Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama |
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. | Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan. |
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat. Berikut adalah pautan untuk muat turun borang permohonan :
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
KADAR BAYARAN WARGA EMAS
Ketika pembentangan Belanjawan 2025 lalu, kerajaan telah menaiktaraf kadar bayaran bagi bantuan Warga Emas pada tahun ini iaitu :
TAHUN | JUMLAH |
---|---|
2024 | RM500 |
2025 | RM600 |
Dengan kenaikan kadar bantuan ini, ianya sudah pasti telah membuat golongan ini dapat menarik nafas lega.

KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Warga Emas ini, anda boleh merujuk kepada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat :
https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan