Sehingga ke hari ini, kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik ataupun individu yang terjejas dari segi pendapatan hariannya.
Bukan itu sahaja, Warga Emas di negara ini adalah tidak terkecuali untuk menerima bantuan tunai pada setiap bulan melalui program bantuan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketika pembentangan Belanjawan 2025 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam ucapannya, kadar bayaran untuk Warga Emas akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM600 sebulan bermula Januari 2025 nanti. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.
BANTUAN WARGA EMAS 2025
Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2024 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Objektif utama bantuan kewangan untuk Warga Emas ini adalah agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KADAR BAYARAN WARGA EMAS 2025
Seperti yang telah dibentangkan melalui Belanjawan 2025 pada Oktober lalu, kerajaan telah bersetuju akan menaiktaraf kadar bantuan Warga Emas bermula Januari 2025 nanti daripada RM500 sebulan kepada :
- RM600 (setiap bulan)
Dengan kenaikan kadar bantuan ini, ianya sudah pasti telah membuat golongan ini dapat menarik nafas lega.

KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah cara untuk memohon :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)