STR 2025 FASA 1 : CARA TEBUS TUNAI BAYARAN BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK

judul gambar

STR 2025 FASA 1 : CARA TEBUS TUNAI BAYARAN BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK.

Bermula 22 Januari iaitu Rabu lalu, rakyat Malaysia yang berkelayakan telah mula menerima bayaran bantuan tunai menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah 2025 atau STR Fasa 1. Dianggarkan seramai 8.3 juta penerima akan terima bayaran minimum RM150 sehingga RM500 bergantung kepada kategori masing-masing.

Untuk makluman anda semua, bagi penerima yang layak akan tetapi tidak memiliki akaun bank, bayaran tersebut akan dibayar serentak pada hari tersebut. Namun, ianya hendaklah ditebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ramai tertanya-tanya akan perkara ini, mungkin anda diantara yang tidak tahu bagaimanakah cara untuk menebus bayaran tersebut. Berikut kami kongsikan kepada anda semua.

KATEGORI KELAYAKAN STR 2025 FASA 1

Setiap penerima akan melalui beberapa kategori kelayakan. Berikut adalah kategori-kategori nya :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1

Seperti yang telah pihak kami nyatakan sebelum ini, bayaran STR fasa 1 ini akan dilaksanakan pada akhir Januari. Namun, ianya lebih awal berbanding tahun lalu iaitu pada :

  • 22 Januari 2025 (Rabu)
STR 2025 FASA 1

CARA TEBUS TUNAI STR 2025 FASA 1

Sekiranya anda penerima yang tidak memiliki akaun bank, berikut adalah cara mudah untuk membuat tebus tunai :

  • Sila kunjungi kaunter Bank Simpanan (BSN) berdekatan;
  • Sertakan sekali Kad Pengenalan;
  • Selesai

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Bayaran STR 2025 Fasa 1 nanti akan dikreditkan kepada dua cara iaitu :

  • Kredit ke Akaun Bank:
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

SEMAKAN STR 2025 FASA 1

Berikut adalah cara untuk membuat semakan STR 2025 Fasa 1 iaitu secara online :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap penerima yang layak :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai info bantuan yang kami kongsikan ini, berikut adalah pautan rasmi yang boleh anda lawati :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment