JADUAL BAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT BANK PENERIMA

judul gambar

JADUAL BAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT BANK PENERIMA

Bermula hari kelmarin, dianggarkan seramai 8.3 juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berperingkat. Bantuan tunai ini merupakan kesinambungan daripada bantuan sebelumnya iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Sebanyak 3 kategori akan menerima manfaat bantuan ini iaitu Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan juga Kategori Bujang. Masing-masing akan menerima bayaran minimum RM150, RM300 dan juga RM500.

Mungkin anda diantara penerima yang lambat untuk terima bayaran STR ini. Untuk makluman, ianya akan dikreditkan secara berperingkat. Berikut kami kongsikan jadual pembayarannya.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1

Seperti yang telah pihak kami nyatakan sebelum ini, bayaran STR fasa 1 ini akan dilaksanakan pada akhir Januari. Namun, ianya lebih awal berbanding tahun lalu iaitu pada :

  • 22 Januari 2025 (Rabu)
STR FASA 1

KATEGORI KELAYAKAN STR FASA 1

Setiap penerima akan melalui beberapa kategori kelayakan. Berikut adalah kategori-kategori nya :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JADUAL BAYARAN STR FASA 1

Seperti kebiasaannya, pengkreditan bantuan tunai STR ini akan lebih awal sekiranya penerima tersebut menggunakan akaun bank BSN. Bagi bank-bank lain pula, berikut adalah tarikhnya :

  • Maybank: Selepas 9 malam
  • CIMB Bank: Selepas 9 malam
  • BSN: Selepas 6 petang
  • Bank Islam: Selepas 8 malam
  • Bank Muamalat: Selepas 10 malam
  • Affin Bank: Selepas 8 malam
  • RHB Bank: Selepas 9 malam
  • AmBank: Selepas 8 malam

STR FASA 1 : KATEGORI TERIMA RM500

Untuk makluman, bayaran bagi setiap penerima yang layak adalah berbeza. Ianya mengikut pada kategori masing-masing. Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran RM500 :

  • Kategori Isi Rumah (RM2500 kebawah) : RM500
KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah Berpendapatan RM2500 kebawah2.8 JUTARM500
Isi rumah Berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
1.0 JUTARM150 – RM300
Warga Emas tiada pasangan
RM5000 dan kebawah
1.3 JUTARM150
Bujang
RM2500 dan kebawah
3.2 JUTARM150
STR FASA 1

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1

Bayaran STR 2025 Fasa 1 nanti akan dikreditkan kepada dua cara iaitu :

  • Kredit ke Akaun Bank:
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

SEMAKAN STR FASA 1

Berikut adalah cara untuk membuat semakan STR 2025 Fasa 1 iaitu secara online :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai info bantuan yang kami kongsikan ini, berikut adalah pautan rasmi yang boleh anda lawati :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment