STR FASA 1 : KATEGORI INI AKAN TERIMA BAYARAN RM500.
Dianggarkan seramai 8.3 juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bermula 22 Januari ini. Seperti kebiasaannya, bayaran bantuan tunai ini akan disalurkan secara berperingkat.
Namun, ramai tertanya-tanya berapa kadar bayaran yang akan diterima nanti? Untuk makluman, kadar bayaran yang akan diterima oleh individu yang berkelayakan adalah berbeza, ianya mengikut kategori masing-masing. Beriktu adalah kategori yang terima bayaran terbanyak RM500.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1
Seperti yang telah pihak kami nyatakan sebelum ini, bayaran STR fasa 1 ini akan dilaksanakan pada akhir Januari. Namun, ianya lebih awal berbanding tahun lalu iaitu pada :
- 22 Januari 2025 (Rabu)

KATEGORI KELAYAKAN STR FASA 1
Setiap penerima akan melalui beberapa kategori kelayakan. Berikut adalah kategori-kategori nya :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
STR FASA 1 : KATEGORI TERIMA RM500
Untuk makluman, bayaran bagi setiap penerima yang layak adalah berbeza. Ianya mengikut pada kategori masing-masing. Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran RM500 :
- Kategori Isi Rumah (RM2500 kebawah) : RM500
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah Berpendapatan RM2500 kebawah | 2.8 JUTA | RM500 |
Isi rumah Berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | 1.0 JUTA | RM150 – RM300 |
Warga Emas tiada pasangan RM5000 dan kebawah | 1.3 JUTA | RM150 |
Bujang RM2500 dan kebawah | 3.2 JUTA | RM150 |

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1
Bayaran STR 2025 Fasa 1 nanti akan dikreditkan kepada dua cara iaitu :
- Kredit ke Akaun Bank:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
SEMAKAN STR FASA 1
Berikut adalah cara untuk membuat semakan STR 2025 Fasa 1 iaitu secara online :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai info bantuan yang kami kongsikan ini, berikut adalah pautan rasmi yang boleh anda lawati :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf