STR FASA 1 : BUJANG & ISI RUMAH TELAH TERIMA BAYARAN RM150 – RM500

judul gambar

STR FASA 1 : BUJANG & ISI RUMAH TELAH TERIMA BAYARAN RM150 – RM500.

Bermula hari ini iaitu 22 Januari 2025, bayaran bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 telah mula dikreditkan ke akaun penerima yang layak. Dianggarkan seramai 8.3 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat tersebut.

Bantuan tunai ini akan dilaksanakan dengan pengkreditan secara automatik ke akaun penerima mengikut kategori masing-masing. Namun, bantuan ini akan disalurkan kepada penerima yang layak sahaja.

Jika dilihat perkongsian media sosial seperti Facebook, segelintir penerima meluahkan rasa gembira kerana bayaran STR Fasa 1 ini telah dikreditkan ke akaun mereka. Beirkut kami kongsikan.

TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1

Seperti yang telah pihak kami nyatakan sebelum ini, bayaran STR fasa 1 ini akan dilaksanakan pada akhir Januari. Namun, ianya lebih awal berbanding tahun lalu iaitu pada :

  • 22 Januari 2025 (Rabu)
STR FASA 1

KATEGORI KELAYAKAN STR 2025 FASA 1

Setiap penerima akan melalui beberapa kategori kelayakan. Berikut adalah kategori-kategori nya :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

BAYARAN STR FASA 1 RM150 & RM500 TELAH DIKREDITKAN

Berikut adalah skrinshot yang kami dapatkan dari perkongsian di media sosial. Ramai mendakwa bayaran STR Fasa 1 ini telah dikreditkan ke akaun mereka :

str fasa 1
str fasa 1

SEMAKAN STR 2025 FASA 1

Berikut adalah cara untuk membuat semakan STR 2025 Fasa 1 iaitu secara online :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.
STR FASA 1

KADAR BAYARAN STR 2025 FASA 1

Untuk makluman, bayaran bagi setiap penerima yang layak adalah berbeza. Ianya mengikut pada kategori masing-masing. Berikut adalah kadar bayarannya :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah erpendapatan
RM2500 kebawah
2.8 JUTARM500
Isi rumah Berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
1.0 JUTARM150 – RM300
Warga Emas tiada pasangan
RM5000 dan kebawah
1.3 JUTARM150
Bujang
RM2500 dan kebawah
3.2 JUTARM150
STR FASA 1

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Bayaran STR 2025 Fasa 1 nanti akan dikreditkan kepada dua cara iaitu :

  • Kredit ke Akaun Bank:
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai info bantuan yang kami kongsikan ini, berikut adalah pautan rasmi yang boleh anda lawati :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment