Rasmi : Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1 Mengikut Kategori.
Bantuan tunai kerajaan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini ditambah baik dengan peningkatan kadar peruntukan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana, dan kurang berkemampuan. Inisiatif ini selaras dengan konsep ‘Payung Rahmah’ yang bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Peruntukan dalam pelaksanaan bantuan tunai ini meningkat kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu. Jumlah ini merupakan yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Namun, ramai tertanya-tanya bilakah bayaran STR Fasa 1 tahun ini? Berikut kami kongsikan kepada anda semua.
KATEGORI KELAYAKAN STR 2025 FASA 1
Setiap penerima akan melalui beberapa kategori kelayakan. Berikut adalah kategori-kategori nya :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Walaubagaimanapun, pihak kami jangkakan tarikh bayaran fasa 1 ini akan dilaksanakan pada hujung bulan Januari ini sama seperti STR 2024 lalu iaitu 29 Januari.
Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 1
Bayaran STR 2025 Fasa 1 nanti akan dikreditkan kepada dua cara iaitu :
- Kredit ke Akaun Bank:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
SEMAKAN STR 2025 FASA 1
Berikut adalah cara untuk membuat semakan STR 2025 Fasa 1 iaitu secara online :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap penerima yang layak :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai info bantuan yang kami kongsikan ini, berikut adalah pautan rasmi yang boleh anda lawati :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf