Terima Bantuan SARA 2025 Sehingga RM2100 Tahun Ini.
Bermula hari ini, pembayaran bagi bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak. Setiap kelayakan, individu tersebut terima bayaran RM100 dan akan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik.
Dalam pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini, ianya bakal memanfaatkan seramai 700,000 penerima miskin dan miskin tegar dan ianya akan diperluas kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Mungkin ramai yang belum faham bagaimanakah cara penyaluran bantuan tersebut. Untuk makluman, bayaran tersebut dibayar secara berfasa bermula RM100 dan RM200 mengikut bulan tertentu. Berikut adalah maklumat lanjut.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA 2025)
Bantuan dalam MyKad merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang akan dilaksanakan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Ianya merupakan sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.
TARIKH BAYARAN SARA 2025
Pihak Kementerian Kewangan telah membuat kenyataan rasminya, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan mula hari ini iaitu 15 Januari 2025.
Penerima dalam rekod eKasih akan menerima bantuan seperti berikut :
- Januari – Mac 2025: RM100 sebulan
- Mulai April 2025: Dinaikkan kepada RM200 sebulan

JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Isi rumah miskin akan menerima bantuan SARA melalui MyKad sebanyak RM2100 untuk tahun 2025 ini. Ianya lebih banyak berbanding tahun 2024 lalu hanya RM1200 sahaja. Berikut adalah jadual bayaran :
KATEGORI PENERIMA (PENERIMA STR –BERSTATUS/BERDAFTAR MISKIN DAN MISKIN TEGAR eKasih) | AMAUN (RM) BULAN *JANUARI – MAC | AMAUN (RM) BULAN *APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 Sebulan | RM 200 Sebulan |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM100 Sebulan | RM 150 Sebulan |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 50 Sebulan | RM 50 Sebulan |

Jika dilihat pada jadual diatas, pelaksanaan SARA ini bukan hanya memfokuskan kepada penerima yang berdaftar melalui sistem E-Kasih sahaja, akan tetapi seluruh penerima STR 2025 yang layak turut akan menerima bayaran tambahan SARA ini.
Jika digabungkan jumlah keseluruhan bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kadar maksimum yang akan diterima oleh individu yang layak adalah sebanyak RM4600.
SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2025
Beirkut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila layari laman rasmi di sini [SEMAKAN BANTUAN MYKAD].
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Nama Penerima ‘Bayaran Bantuan MyKAD’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI PENERIMA
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi setiap penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2025), antaranya :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KAEDAH BAYARAN SARA 2025
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan RM100 sebulan untuk isi rumah, RM600 untuk warga emas tiada pasangan dan RM600 untuk golongan bujang.
Hanya penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun.
Bantuan ini akan disalurkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima dengan membolehkan penerima SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai SARA 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini :
https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq