Terkini : Bantuan Kewangan Sebanyak RM350 Untuk Rakyat Malaysia
Ramai tidak tahu mengenai bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan ini. Tahukah anda, rakyat Malaysia khususnya kumpulan B40 di negara ini akan menerima bantuan tunai sehingga RM350. Apa yang menariknya, ianya akan disalurkan pada setiap bulan sekirany layak.
Walaubagaimanapun, ianya akan merujuk kepada kriteria kelayakan bagi penerima yang layak. Ianya adalah untuk memastikan agar bantuan ini disalurkan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KHAS RM350
Bantuan Am RM350 merupakan sebuah bantuan tunai dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ianya bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan.
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain adalah layak untuk memohon inisiatif ini. Setiap kelayakan, mereka akan menerim bayaran RM100 – RM350 sebulan.
KADAR BANTUAN
Bagi kadar bayaran Bantuan Am ini adalah bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri masing2. Penerima akan mendapat sebanyak :
- RM100 sehingga RM350 (Maksimum)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM350
Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan Bantuan Am RM350 ini :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
CARA MOHON
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am RM350 ini :
- Sila ke web rasmi JKM iaitu :
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp - Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN
Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian”
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.