STR Fasa 4 : Semakan Status Bayaran & Kelayakan Penerima
Ketika pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, pelbagai inisiatif telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dianggarkan sebanyak RM421 bilion telah diperuntukkan pada tahun hadapan berbanding tahun ini.
Selain itu juga, Perdana Menteri turut telah mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 iaitu fasa terakhir bagi tahun 2024 ini. Oleh itu, berikut kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai semakan status bayaran dan kelayakan penerima yang layak.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).
Program bantuan yang bernilai RM1.5 bilion ini adalah bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan memberikan sokongan kewangan yang dapat meringankan beban mereka.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang berlangsung Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa, bayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada :
- 7 NOVEMBER 2024
KADAR BAYARAN STR FASA 4
Sekiranya individu tersebut layak untuk menerima bayaran keempat ini, berikut adalah kadar bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori masing-masing :
- Isi Rumah : RM150 – RM700
- Warga EMas Tiada Pasangan : RM150
- Bujang RM100
SEMAKAN STATUS
Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR Fasa 3 2024, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nom MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan
- StatusMaklumat yang akan dipaparkan
- Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jika Ada)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi penerima STR ini :
Isi Rumah | Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah |
Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah |
Bujang | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak bantuan yang boleh anda dapatkan, sila RUJUK DISINI.