Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4 Telah Diumumkan.
Pada 29 Ogos lalu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan kepada penerima yang layak. Bantuan tersebut telah memanfaatkan seramai 8.5 juta penerima dimana kadar bayaran adalah mengikut kategori yang berbeza.
Dengan pelaksanaan bayara fasa ketiga tersebut, ramai tertanya bagaimana pula dengan bayaran STR Fasa 4? Ini kerana bayaran bantuan tunai ini akan melalui 4 fasa bayaran dan kini berbaki 1 fasa bayaran sahaja lagi. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenainya. Ikuti perkongsian dibawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).
Program bantuan yang bernilai RM1.5 bilion ini adalah bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan memberikan sokongan kewangan yang dapat meringankan beban mereka.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah tarikh bayaran bagi fasa keempat :
- STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
- STR Fasa 2 : 3 April 2024
- STR Fasa 3 : 29 Ogos 2024
- STR Fasa 4 : November 2024
Mengikut jangkaan kami, bayaran STR Fasa 4 ini akan diawalkan tarikh bayarannya. Ianya MUNGKIN akan dilaksanakan sebelum sambutan perayaan Deepavali akhir Oktober ini.
Walaubagaimanapun, ianya sekadar jangkaan sahaja mengikut dengan tarikh-tarikh bayaran tahun sebelumnya.
KADAR BAYARAN STR FASA 4
Sekiranya individu tersebut layak untuk menerima bayaran keempat ini, berikut adalah kadar bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori masing-masing :
- Isi Rumah : RM150 – RM700
- Warga EMas Tiada Pasangan : RM150
- Bujang RM100
SEMAKAN STATUS
Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR Fasa 3 2024, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nom MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan
- StatusMaklumat yang akan dipaparkan
- Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jika Ada)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi penerima STR ini :
Isi Rumah | Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah |
Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah |
Bujang | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak bantuan yang boleh anda dapatkan, sila RUJUK DISINI.