Cara Mohon Bantuan Kewangan RM300 Sebulan Untuk B40

judul gambar

Cara Mohon Bantuan Kewangan RM300 Sebulan Untuk B40.
Dalam usaha untuk meningkatkan daya tahan kewangan keluarga yang terjejas, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), yang ditujukan khusus untuk rakyat yang menetap di negeri itu. Bantuan ini bertujuan untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran ekonomi serta memastikan kesejahteraan sosial dan kewangan mereka lebih terjamin.

BINGKAS memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang layak, membolehkan mereka mendapatkan barangan keperluan harian, pendidikan anak-anak, serta keperluan asas yang lain. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

BINGKAS

BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera bertujuan untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka. Dengan bantuan ini, diharapkan dapat memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat Selangor.

CARA MOHON

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan bantuan RM300 BINGKAS ini :

judul gambar

Berikut merupakan cara memohon Bantuan BINGKAS untuk tahun 2023 ; 

  • Layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI
  • Klik “Daftar Sekarang”.
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Hantar borang permohonan secara atas talian (online)

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Ikuti cara semakan bantuan untuk pembelian barangan dapur RM300 setiap bulan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.
bantuan barangan dapur

SENARAI PENERIMA BINGKAS

Berikut adalah senarai penerima bantuan barangan dapur RM300 ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

SENARAI BANTUAN BARANGAN DAPUR

Berikut merupakan senarai barangan yang diluluskan / boleh dibeli dengan menggunakan bantuan BINGKAS RM300 setiap bulan :

  1. Beras.
  2. Mi dan Bihun.
  3. Roti.
  4. Biskut.
  5. Telur.
  6. Gula dan garam.
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung.
  9. Minyak masak.
  10. Ubat-ubatan.
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  13. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  14. Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  16. Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

CARA PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM300

Berikut merupakan cara pembelian barangan dapur dengan menggunakan Bantuan RM300 setiap bulan :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

Leave a Comment