Semasa pembentangan Belanjawan 2024 yang diadakan pada Oktober lalu, kerajaan sekali lagi menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat dengan mengumumkan inisiatif tambahan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup, terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
Apa yang menariknya bantuan tambahan ini akan dibayar kepada penerima STR yang layak pada setiap bulan. Ini bermakna, ianya akan dibayar pada awal bulan Oktober ini. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA telah mula dilaksanakan pada tahun lalu kepada penerima STR 2024. Namun ianya berbeza pada tahun ini kerana kadar bayaran telah dinaikkan sehingga RM1200 berbanding tahun lalu hanya RM600 sahaja.
Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima bakal menerima bantuan pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 210 ribu sahaja. Namun, ianya bukanlah berbentung wang tunai, akan tetapi ianya hanya boleh digunakan untuk membeli barangan dapur sahaja.
BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pelaksanaan bantuan ini telah ditambah baik untuk tahun 2024, dengan tujuan memenuhi keperluan barangan asas bagi penerima sepanjang Januari hingga Disember 2024. Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 atau RM600 melalui pembelian tanpa tunai, berdasarkan kelayakan.
Bantuan ini akan diberikan secara bulanan dengan jumlah RM100 atau RM50 sebulan selama 12 bulan. Pendekatan ini membolehkan penerima merancang perbelanjaan mereka dengan lebih baik, khususnya dalam membeli barangan keperluan harian sepanjang tahun tersebut.
Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori penerima :
SEMAKAN BANTUAN SARA
Sekiranya anda diantara penerima STR yang layak, semakan bagi bantuan MyKad RM100 ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
- Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN
Walaubagaimanapun, bukan semua penerima STR adalah layak. Ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan bertujuan agar bantuan ini diberikan kepada golongan yang memerlukan. Berikut adalah syaratnya :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2023
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SENARAI BANTUAN MYSARA 2024
Walaubagaimanapun, bayaran ini bukanlah melalui wang tunai, akan tetapi ianya boleh di guna pakai untuk membeli barangan seperti diatas :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mee segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.