Bantuan Untuk Peniaga Sebanyak RM2700 Kini Dibuka – Mohon Sekarang!

Kerajaan hari ini sentiasa memberi komitmen untuk meringankan beban ekonomi yang ditanggung oleh ketua keluarga, dengan memberikan bantuan agar golongan ini dapat memenuhi keperluan mereka dan hidup dengan lebih selesa.

Untuk makluman semua, salah satu bantuan yang boleh dimanfaatkan pada tahun ini ialah Geran Pelancaran, di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Geran ini bertujuan membantu individu yang ingin memulakan perniagaan atau usaha sendiri sebagai salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

GERAN PELANCARAN (JKM)

Bantuan Kewangan RM2700 ini merupakan sebuah bantuan tunai yang akan dilaksanakan menerusi program Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan, inisiatif ini hanya tertumpu untuk membantu kumpulan sasar sekiranya individu tersebut ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

OBJEKTIF BANTUAN

Pelaksanaan bantuan Geran Pelancaran ini adalah untuk :

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, bantuan ini hanya akan disalurkan mengikut syarat kelayakan setiap pemohon. Berikut adalah syarat-syaratnya :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, ianya kini masih boleh dilakukan. Berikut adalah cara untuk mohon bantuan kewangan ini :

  • Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Sila dapatkan borang permohonan anda secara atas talian di pautan berikut :
    JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) 
    Download Borang

Leave a Comment