Terkini : Permohonan Bantuan Bulanan BWE 2024 untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman semua, bantuan kewangan sebanyak RM500 akan dibayar sekiranya individu tersebut layak.
Sebarang permohonan, ianya boleh dikemukakan bermula hari ini. Sebarang kelayakan, ianya tergantung kepada syarat kelayakan individu tersebut. Berikut dikongsikan makluman terperinci mengenai bantuan Warga Emas ini.
BANTUAN BULANAN BWE 2024
BWE, atau Bantuan Warga Emas, adalah inisiatif kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan disalurkan setiap bulan. Golongan warga emas di negara ini adalah salah satu kumpulan yang sering mendapat perhatian daripada kerajaan.
Bantuan tunai sebanyak RM500 ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan mereka dalam komuniti.
JUMLAH BAYARAN
Setiap kelayakan, individu ini akan menerima bayaran secara bulanan iaitu :
- RM500 (sebulan)
BANTUAN BULANAN BWE 2024 : SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan bulanan BWE 2024 ini :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA MOHON
Berikut adalah panduan permohonan bantuan BWE 2024 :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.