STR FASA 3 : Syarat Kelayakan Penerima Pada Bulan Hadapan

judul gambar

Dalam pentadbiran kerajaan di sesebuah negara, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyantuni rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah khusus golongan yang terjejas.

Maka oleh itu, bantuan tunai tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR akan disalurkan bagi setiap tahun dan pada tahun ini ianya telah dilaksanakan dengan dua fasa bayaran.

Walaubagaimanapun, ianya akan tertakluk kepada syarat kelayakan rakyat Malaysia yang layak sahaja. Ianya bertujuan agar bantuan tunai ini dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Berikut kami kongsikan mengenai beberapa syarat kelayakan penerima.

STR 2024 FASA 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

judul gambar

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi penerima STR ini :

Isi RumahKahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada PasanganBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 3

Pada tahun lalu, tarikh bayaran STR Fasa 3 terpaksa diawalkan daripada yang telah dijadualkan. Ianya bertujuan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.

Oleh itu, pihak kami menjangkakan bahawa bayaran fasa ketiga ini akan diawalkan sama seperti tahun lalu iaitu pada bulan JUN 2024 nanti.

SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR Fasa 3 2024, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan Nom MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan
  • StatusMaklumat yang akan dipaparkan
    • Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jikas Ada)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak bantuan yang boleh anda dapatkan, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment