Seperti yang anda tahu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 telah selesai disalurkan pada bulan April lalu iaitu sebelum Aidilfitri. Seramai 8.4 juta rakyat Malaysia telah menerima bayaran tersebut dimana RM100 sehingga RM650 telah diterima mengikut kategori masing-masing.
Seperti yang telah dimaklumkan menerusi portal rasmi STR 2024, bayaran fasa ketiga pula akan mula dilaksanakan tidak lama lagi iaitu bulan Ogos nanti.
Untuk makluman anda semua, semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga boleh dilakukan secara atas talian. Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status.
STR FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
SEMAKAN STATUS
Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR Fasa 3 2024, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nom MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan
- StatusMaklumat yang akan dipaparkan
- Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jikas Ada)
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Mungkin anda adalah salah satu pembaca yang sentiasa tertanya-tanya bilakah bayaran fasa ketiga ini akan disalurkan. Untuk makluman anda semua, seperti yang telah dijadualkan, bayaran STR Fasa 3 ini akan dilaksanakan pada :
- OGOS 2024
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan. Apa yang pasti, ianya akan disalurkan pada bulan hadapan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi penerima STR ini :
Isi Rumah | Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah |
Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah |
Bujang | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak bantuan yang boleh anda dapatkan, sila RUJUK DISINI.