Mohon Bantuan Kewangan Sebanyak RM2700 : Geran Pelancaran

Mohon Bantuan Kewangan Sebanyak RM2700 : Geran Pelancaran
Di tahun 2024 ini, pelbagai jenis bantuan kewangan yang boleh rakyat Malaysia dapatkan khusus yang berpendapatan rendah dan terjejas.

Untuk makluman anda semua, salah satu bantuan yang boleh dimanfaatkan pada tahun ini adalah bantuan Geran Pelancaran dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Oleh itu, berikut kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenainya.

BANTUAN KEWANGAN RM2700 : GERAN PELANCARAN

Bantuan Kewangan RM2700 ini merupakan sebuah bantuan tunai yang akan dilaksanakan menerusi program Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan, inisiatif ini hanya tertumpu untuk membantu kumpulan sasar sekiranya individu tersebut ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

GERAN PELANCARAN

TUJUAN UTAMA

Objektif utama pelaksanaan bantuan kewangan ini adalah :

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

SYARAT KELAYAKAN GERAN PELANCARAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap permohonan bantuan kewangan RM2700 ini :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Syarat Khusus

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.

KADAR BANTUAN GERAN PELANCARA

Sekiranya individu tersebut menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM2700 dan akan dibayar secara one-off.

CARA MOHON GERAN PELANCARAN

Berikut adalah cara memohon Bantuan Geran Pelancaran JKM :

  • Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Sila dapatkan borang permohonan anda secara atas talian di pautan berikut :
    JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) 
    Download Borang

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment