BLP 2024 : Terima Insentif RM200 Sebulan Untuk Belia Tahun 2024.
Belia bujang Malaysia yang berkelayakan bakal menerima bantuan kewangan secara bulanan sebanyak RM200. Inisiatif ini adalah dibawah program Bantuan Latihan Perantis (BLP 2023) yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BLP 2024 : BANTUAN LATIHAN PERANTIS
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
BLP 2024 : KADAR BAYARAN
Individu yang mengikuti program ini, mereka akan menerima bayaran sebanyak :
- RM200 sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, antaranya :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
- Kes-kes seliaan
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MOHON
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bagi setiap permohonan :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / anak
- Salinan sijl kelahiran anak-anak yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji
- Dan lain-lain dokumen yang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sekiranya dokumen sokongan yang disebutkan diatas telah lengkap, anda diminta untuk menghantar permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ataupun yang berhampiran kawasan anda. Apa yang penting, anda diminta untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan tepat supaya tiada kekeliruan bagi pihak yang berwajib. Sila muat turun borang permohonan di bawah :
JKM 18 – BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 – BORANG KAJI SEMULA BANTUAN
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda. :
