MyKasih 2024 : Bantuan Tambahan RM600 Untuk Kategori Bujang

judul gambar

MyKasih 2024 : Bayaran Tambahan RM600 Untuk Kategori Bujang.
Sebuah inisiatif tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR tahun ini.

Melalui pelaksanaan bantuan ini, kadar bayaran yang akan diterima adalah berbeza mengikut jenis kategori penerima. Bujang adalah tidak terkecuali untuk menerima bayaran yang akan disalurkan pada bulan Februari ini. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

MYKASIH 2024

Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima bakal menerima bantuan pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 210 ribu sahaja. Namun, ianya bukanlah berbentung wang tunai, akan tetapi ianya hanya boleh digunakan untuk membeli barangan dapur sahaja.

Bantuan bernilai RM600 akan disalurkan kepada individu bujang dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan yang mudah terjejas dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kerangka Ekonomi MADANI.

judul gambar

JADUAL BANTUAN MYKASIH 2024

Berikut adalah tiga kategori yang akan terima bayaran tambahan MYSARA 2024 ini :

MYKASIH 2024

Jika dilihat pada jadual diatas, terdapat 3 kategori penerima. Kategori BUJANG adalah tidak terkecuali akan menerima bantuan tambahan RM600 pada tahun ini.

SEMAKAN MYSARA 2024

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

TARIKH BAYARAN

Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini, bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari.

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.

Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600 (19 Februari)
  • RM 600 (12 Ogos)

Bujang

  • RM 300 (19 Februari)
  • RM 300 (12 Ogos)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM600

Walaubagaimanapun, individu tersebut mestilah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebut, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment