Rasmi : Bantuan Kewangan RM2000 Dibayar Pada 23 Februari (Jumaat)

judul gambar

Bantuan Kewangan RM2000 Dibayar Pada 23 Februari (Jumaat).
Rasmi : Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa bayaran bagi Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan dibayar bermula 23 Februari iaitu hari Jumaat nanti.

Seperti yang diketahui, bantuan khas ini merupakan salah satu bantuan tunai yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan Oktober lalu. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KEWANGAN RM2000

Bantuan Kewangan RM2000 ini merupakan bantuan tunai menerusi Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Ianya akan disalurkan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Bukan itu sahaja, bantuan tunai ini juga bakal memanfaatkan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam yang melibatkan semua termasuk Polis, Bomba, Tentera Angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

judul gambar

OBJEKTIF BANTUAN KEWANGAN RM2000

Pemberian insentif khas ini diperkenalkan adalah bertujuan meringankan beban kewangan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai tanggungan anak yang sedang memasuki sesi persekolahan. Kajian sistem saraan perkhidmatan awam akan lebih menelitikan keperluan semua skim perkhidmatan.

Dengan adanya sumbangan insentif ini dapat membantu mereka yang berkelayakan meringankan beban kos sara hidup pada waktu ini. Kadar pemberian bantuan khas ini yang akan dibayar pada hujung bulan ini mengikut kategori seperti yang telah ditetapkan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju akan mula menyalurkan insentif ini bermula :

  • 23 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)

Perkara ini telah dimaklumkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Majlis perhimpunan bulanan bersama Kementerian Kewangan 6 Februari 2024.

JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima nanti :

  • RM2000 – akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak.
  • RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awak (termasuk Polis, Bomba, Tentera, Angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).
bantuan kewangan rm2000

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Leave a Comment