Bantuan Tambahan RM600 Untuk Golongan Bujang B40

Bantuan Tambahan RM600 Untuk Golongan Bujang B40 Tahun Ini.
Ramai yang tidak tahu mengenai bantuan tambahan ini. Mereka menganggap hanya kategori isi rumah sahaja yang akan menerima bayaran tambahan sekiranya layak menerima STR.

Untuk makluman, sekiranya anda berada di kategori Bujang dan merupakan penerima STR pada tahun ini, anda adalah layak untuk menerima bayaran tambahan bernilai RM600 sekiranya memenuhi kriteria kelayakan. Berikut kami kongsikan maklumat mengenainya.

BANTUAN TAMBAHAN RM600

Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima bakal menerima bantuan pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 210 ribu sahaja. Namun, ianya bukanlah berbentung wang tunai, akan tetapi ianya hanya boleh digunakan untuk membeli barangan dapur sahaja.

Bantuan bernilai RM600 akan disalurkan kepada individu bujang dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan yang mudah terjejas dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kerangka Ekonomi MADANI.

JADUAL BANTUAN TAMBAHAN RM600

Berikut adalah tiga kategori yang akan terima bayaran tambahan MYSARA 2024 ini :

BANTUAN TAMBAHAN RM600

Jika dilihat pada jadual diatas, terdapat 3 kategori penerima. Kategori BUJANG adalah tidak terkecuali akan menerima bantuan tambahan RM600 pada tahun ini.

SEMAKAN MYSARA 2024

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

TARIKH BAYARAN

Bagi tarikh bayarannya pula, ianya akan mula disalurkan bermula :

  • 22 JANUARI 2024

SENARAI BANTUAN MYSARA 2024

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan bantuan MySara ini :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM600

Walaubagaimanapun, individu tersebut mestilah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebut, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment