Bantuan One-Off sebanyak RM1000 : Syarat Kelayakan dan Cara Mohon.
Kerajaan ketika ini sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Malaysia khusus yang berpendapatan rendah. Pelbagai bantuan kewangan telah diperkenalkan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan bantuan bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ini kerana, kerajaan sedar apa yang diperlukan rakyat Malaysia dan sentiasa komited dengan tanggungjawab agar kita semua dapat hidup selesa dan serba mencukupi.
Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai salah satu bantuan yang boleh anda dapatkan. Sekiranya layak, bantuan RM1000 secara one-off akan diberikan. Berikut kami kongsikan mengenai syarat kelayakan dan cara untuk mohon.
BANTUAN ONE-OFF RM1000 (SKK)
Bantuan one-off RM1000 ini merupakan salah satu bantuan yang dilaksanakan menerusi program bantuan tunai iaitu Skim Khairat Kematian.
SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku kematian kepada penerima/pasangan STR bagi tahun 2023. Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN ONE-OFF RM1000
Mereka yang layak dapatkan insentif RM1000 ini adalah merupakan pewaris kepada penerima STR yang meninggal dunia. Berikut dikongsikan syarat kelayakannya :
- Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2023 adalah seperti berikut:
- i. Pasangan
- ii. Ibu
- iii. Bapa
- iv. Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
- Cucu
Info tambahan : Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR
2023.
KADAR BANTUAN
Sekiranya anda adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 yang layak, anda boleh membuat tuntutan pada kadar :
- Amaun Tuntutan – RM 1,000 bagi setiap individu yang layak
TEMPOH TUNTUTAN
Untuk makluman anda semua, tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) telah boleh dikemukakan bermula 1 Januari 2023 dan tarikh akhirnya adalah :
- 31 DISEMBER 2024
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Ketika ingin membuat tuntutan, pastikan anda menyediakan dokumen lengkap seperti :
- Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kad Pengenalan asal wakil
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk tahu lebih banyak info mengenai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, sila RUJUK DISINI.