BKK FASA 2 : Bayaran sebanyak RM1000 akan dikreditkan kepada seluruh penjawat awam bagi negeri Selangor pada 28 Disember nanti. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari baru-baru ini.
Beliau berkata, bantuan ini adalah sebahagian daripada keseluruhan pakej bantuan yang telah pun dilaksanakan untuk penjawat awam. Ia bermula dengan gaji sebulan atau pengeluaran minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri Mei lalu.
BKK FASA 2 TAHUN 2023
Baru-baru ini ketika pembentangan Belanjawan 2024 bagi negeri Selangor, Datuk Amiruddin Shari mengumumkan kerajaan negeri tersebut bersetuju akan menyalurkannya pada 28 Disember ini.
Untuk makluman, bantuan BKK FASA 2 ini merupakan bantuan khas untuk kakitangan awam yang berkhidmat dinegeri itu. Mereka yang terlibat akan menerima bayaran iaitu gaji sebulan atau sekurang-kurangnya RM1000 secara one-off.
TARIKH BAYARAN BKK FASA 2
Ketua Menteri Selangor telah mengumumkan bahawa, tarikh bayaran bagi fasa kedua akan dilaksanakan pada :
- 28 DISEMBER 2023
SUMBER : Astro Awani
BANTUAN TAMBAHAN
Sekiranya anda adalah rakyat negeri Selangor yang telah menetap selama 10 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan, anda layak untuk memohon kredit e-wallet RM300 menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.