Semakan Kelayakan STR 2024 Secara Online

judul gambar

Semakan kelayakan STR 2024 Sumbangan Tunai rahmah (STR) bagi tahun hadapan boleh dilakukan secara online. Ianya bagi memudahkan rakyat Malaysia menyemak status kelayakan tanpa perlu pergi ke LHDN.

STR 2024

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu, kerajaan sekali bersetuju akan meneruskan bantuan tunai menerusi program bantuan tunai iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun hadapan. Ianya bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah mahupun terjejas merangkumi golongan B40 dan M40.

Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima pada tahun hadapan. Ianya merangkumi beberapa kategori penerima iaitu, kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang tiada pasangan. Walaubagaimanpun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan.

SEMAKAN STR 2024

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR iaitu RUJUK DISINI.

judul gambar

KADAR BAYARAN STR 2024 FASA 1

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.

Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 nanti mengikut setiap kategori penerima :

KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (>5) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (>5) : RM300

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 1

Untuk pengetahuan anda, bayaran MYSTR 2024 ini akan dilakukan secara berfasa sama seperti sebelumnya. Ianya akan melalui 4 fasa bayaran dan bayaran pertama adalah :

  • FEBRUARI 2024

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment