BANTUAN

STR 2024 FASA 1 : Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Fasa Pertama

STR 2024 FASA 1 – Tarikh bayaran dan jumlah bayaran fasa pertama telah dimaklumkan dan ianya boleh disemak melalui portal rasmi MYSTR 2024. Seperti yang anda tahu, bantuan tunai ini adalah bantuan yang sama seperti BPR dan BKM, namun ianya telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2024 merupakan sebuah bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40/M40).

Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima pada tahun hadapan. Ianya merangkumi beberapa kategori penerima iaitu, kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang tiada pasangan. Walaubagaimanpun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan.

KADAR BAYARAN STR 2024 FASA 1

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.

Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 nanti mengikut setiap kategori penerima :

KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (>5) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (>5) : RM300

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 1

Untuk pengetahuan anda, bayaran MYSTR 2024 ini akan dilakukan secara berfasa sama seperti sebelumnya. Ianya akan melalui 4 fasa bayaran dan bayaran pertama adalah :

  • FEBRUARI 2024

SEMAKAN & PERMOHONAN BARU MYSTR 2024

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR iaitu RUJUK DISINI.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button