BANTUANKWSPPENGELUARAN KWSP

Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 Minimum RM3000 Kini Dibenarkan

Pengeluaran Khas KWSP minimum RM3000 kini telah dibenarkan. Seluruh pencarum KWSP yang masih aktif, anda kini boleh membuat permohonan pengeluaran tersebut sehingga RM50,000 melalui Akaun 2 simpanan anda.

FASALITI SOKONGAN AKAUN 2

Fasaliti Sokongan Akaun 2 atau lebih dikenali sebagai FSA2 merupakan sebuah kemudahan yang telag dilancarkan pada April 2023 lagi. Ianya bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Program pinjaman peribadi, yang menggunakan Akaun 2 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran, menyaksikan 64,619 permohonan diluluskan melibatkan kira-kira RM1.29 bilion setakat 2 Oktober 2023.

PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000

Untuk makluman anda semua, pengeluaran khas KWSP ini boleh dikeluarkan pada kadar terendah sebanyak RM3000 dan kadar maksimum sebanyak RM50,000.

Walaubagaimanapun, ianya bergantung pada syarat kelayakan yang ditetapkan dan juga tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 KWSP simpanan pencarum.

SYARAT KELAYAKAN

Antara beberapa syarat kelayakan bagi permohonan pengeluaran khas KWSP ini adalah :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MOHON PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan : 

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.
  3. Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan boleh rujuk disini : RUJUK DISINI!

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button