MySara 2023 : Bayaran Tambahan RM600 Untuk Penerima STR Bermula Hari Ini

MySara 2023 : Bayaran tambahan RM600 untuk penerima STR bermula hari ini sekiranya penerima tersebut menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Bantuan tambahan ini akan dibayar secara berperingkat sebanyak RM100 sebulan dan akan dikreditkan kedalam MyKad penerima tersebut. Untuk info lanjut, sila ikuti perkongsian kami dibawah ini.
MySARA 2023
MySara 2023 ataupun dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah merupakan bayaran tambahan yang telah dipersetujui oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah khusus untuk golongan yang terjejas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ketika Belanjawan 2023 lalu, penerima STR yang layak akan terima bayaran tambahan RM100 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan berturut-turut.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk makluman anda semua, bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2023
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SEMAKAN MYSARA 2023 (E-KASIH)
Sekiranya anda ingin membuat semakan, berikut kami kongsikan cara-caranya :
- Layari portal rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.

TARIKH BAYARAN
Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan STR Tambahan RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu :
- Julai (Telah dikreditkan)
- Ogos (Telah dikreditkan)
- September (Telah dikreditkan)
- Oktober (Telah dikreditkan)
- November (Mula dikreditkan)
- Disember
Bermakna bayaran bagi bulan November ini telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak.
Berbeza bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran telahpun selesai dilaksanakan dengan hanya SEKALI BAYAR iaitu RM600.

MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
