Terkini : Kemaskini Maklumat STR Untuk Terima Bayaran Tahun Hadapan

Kemaskini maklumat STR untuk terima bayaran tahun hadapan. Ianya bertujuan agar penerima yang berkelayakan tidak tercicir daripada menerima bantuan tunai ini.
Anda sedia maklum, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah khusus buat mereka yang terjejas. Maka oleh itu, bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah diteruskan lagi pada tahun 2024 nanti.
Seperti yang telah dimaklumkan, penerima STR perlu membuat kemaskini data peribadi sekiranya terdapat perubahan agar individu tersebut tidak tercicir daripada menerima bayaran STR nanti. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lanjut.
STR 2024
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2024
Permohonan yang perlu membuat kemaskini STR 2024 adalah ;
- Permohonan yang tidak kemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2023 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pendalaman Sabah / Sarawak
- Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat
Berikut adalah langkah-langkah kemaskini STR 2024, sila ;
- Log in https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Kemaskini Permohonan
- Kemaskini maklumat yang berkaitan
- Muat naik dokumen sokongan yang berkaitan
- Tekan teruskan untuk pengesahan
- Masukkan kod captha pengesahan
- Hantar
TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT STR
Rakyat Malaysia yang ingin kemaskini maklumat STR, ianya boleh dikemukakan bermula :
- 1 November 2023 (dibuka sepanjang tahun)
KAEDAH KEMASKINI MAKLUMAT STR
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara untuk mengemaskini maklumat STR, sila semak kaedahnya melalui pautan dibawah :
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum permohonan baharu STR 2024 anda kemukakan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan seperti dibawah :
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN
Berikut adalah jumlah rasmi bagi bayaran STR tahun hadapan :
- Isi Rumah (RM2500 kebawah)
- Tiada Anak : RM1000
- 1 – 2 Anak : RM1500
- 3 – 4 Anak : RM2000
- 4 – 5 Anak : RM2500
- Isi Rumah (RM2500 keatas)
- Tiada Anak : RM500
- 1 – 2 Anak : RM750
- 3 – 4 Anak : RM1000
- 4 – 5 Anak : RM1250
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600
- Bujang
- RM350
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.