E-Tunai – Senarai Penerima Bantuan E-Wallet RM100

E-Tunai : Senarai penerima bantuan kredit E-Wallet berjumlah RM100 akan diberikan kepada rakyat Malaysia menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Bantuan ini adalah berbentuk e-dompet khas untuk B40 dan M40 di negara ini.
Inisiatif ini terbuka kepada individu B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas dan pendapatan tahunan mereka tidak melebihi daripada RM100,000.
E-TUNAI RM100
E-Tunai ini merupakan salah satu inisiatif baharu kerajaan setelah melihat kejayaan dan memberi impak yang positif setelah bantuan E-Dompet RM200 yang telah dilaksanakan sebelumnya.
Ianya juga sekaligus mendorong rakyat Malaysia supaya berbelanja tanpa menggunakan wang tunai bagi memudahkan urusan jual beli. Bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima yang berasal daripada golongan B40 dan M40.
KADAR BAYARAN E-TUNAI
Rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran kredit percuma sebanyak :
- RM100
Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Golongan B40 dan M40
CARA MOHON & TEBUS
Ketika ini, tiada makluman rasmi lagi mengenai sebarang permohonan bagi bantuan kredit e-tunai ini. Sekiranya kaedahnya adalah sama seperti sebelum ini, berikut adalah caranya :
Penebusan kredit E-Wallet ini boleh dilakukan melalui aplikasi seperti :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi diatas, daftar dan tebus. Ianya mudah sahaja.
TARIKH BAYARAN E-TUNAI
Mengenai tarikh bayarannya pula, kerajaan telah bersetuju bahawa bayaran kredit E-Tunai ini akan mula disalurkan secara automatik kedalam E-wallet anda pada :
- DISEMBER 2024
Tiada tarikh rasmi dimaklumkan lagi. Pihak Kami akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya dapat info mengenainya.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.
