Bantuan 1 Keluarga : Bayaran Sebanyak RM2500 Dikreditkan Awal Tahun Nanti

Kerajaan ketika ini sentiasa memainkan peranan dan komited dalam membantu rakyat Malaysia yang terjejas agar dapat meneruskan kehidupan tanpa terbeban dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
Maka oleh itu, ketika pembentangan Belanjawan 2024 lalu, pelbagai jenis bantuan telah diumumkan dan bakal disalurkan pada tahun 2024 nanti. Antaranya adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dimana bayaran RM2500 untuk seisi keluarga akan diberikan.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Anda sedia makluman bahawa, pembentangan Belanjawan 2024 telah berlangsung dan beberapa jenis bantuan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Dianggarkan, seramai 9 juta rakyat Malaysia terdiri daripada golongan B40 dan M40 kategori bujang, isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran bermula RM350 sehingga RM3700.
Walaubagaimanapun, jumlah tersebut bergantung mengikut kepada jenis kategori penerima masing-masing.
BANTUAN 1 KELUARGA TERIMA RM2500
Kerajaan sedia ada sentiasa mengambil kira dan faham dengan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. Berikut dikongsikan kategori isi keluarga yang akan terima bayaran sehingga RM2500 nanti :
Kategori Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 kebawah
- Mempunyai 5 orang anak
Jumlah ini adalah tidak termasuk dengan bayaran Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya penerima tersebut layak, tambahan sebanyak RM1200 akan diberikan lagi.

TARIKH BAYARAN
Menurut Perdana Menteri, bayaran akan dilaksanakan seperti kebiasaannya secara berfasa. Bayaran fasa pertama akan mula disalurkan pada :
- FEBRUARI 2024
PERMOHONAN STR 2024
Untuk makluman, tempoh permohonan STR kali ini berbeza. Seperti yang anda tahu, terdapat tarikh tempoh akhir bagi setiap permohonan, namun kali ini ianya dibuka SEPANJANG TAHUN. Sebarang permohonan, sila RUJUK DISINI.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.