BANTUANBELANJAWAN 2024

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2024

Program Bantuan Lesen Memandu merupakan salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tahun 2024. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan agar dapat memiliki lesen memandu mereka sendiri. Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa, lebih daripada 40,000 belia daripada keluarga yang kurang berkemampuan bakal menikmati inisiatif menerusi program bantuan lesen memandu ini.

Bagi membantu golongan yang kurang mampu ini, kerajaan telah mengambil langkah akan menyediakan lesen percuma bagi motosikal Kelas B2. Ianya bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan peluang pekerjaan bagi golongan yang memerlukan.

MYLESEN B2 TAHUN 2023 DILANJUTKAN

Untuk makluman, program MyLesen B2 merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bermula Mei lalu lagi. Ianya adalah bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khusus kepada belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 lalu.

Bantuan seperti ini sekurang-kurangnya dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig

program bantuan lesen memandu

SENARAI BANTUAN PROGRAM MYLESEN

Terdapat dua bantuan yang dapat rakyat Malaysia manfaatkan antaranya adalah :

  • Topi Keledar Secara Percuma
    • Sebanyak 100 ribu topi keledar percuma akan diedarkan. Ianya termasuk untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Bantuan MyLesen B2
    • Dianggarkan, seramai 9,000 orang daripada golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2 ini.

Info : Untuk makluman, bantuan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan litah bagi mendapatkan lesen memandu percuma Kelas B2.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan. Antaranya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
  • Tanggungan juga boleh memohon
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum ada lesen memandu
  • Tidak berada dalam senarai hitam JPJ, PDRM, dan Mahkamah

CARA MOHON

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kuota dan permohonan MyLesen B2, anda dinasihatkan untuk merujuk laman media sosial Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi negeri anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button