Bantuan Tunai Bulanan Isi Rumah Akan Diperkenalkan

Bantuan Tunai Bulanan kepada kumpulan isi rumah di Malaysia akan diperkenalkan bertujuan untuk meringankan beban kewangan khusus kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan terjejas. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa komited dalam membantu golongan yang terjejas.
Walaubagaimanapun, kerajaan masih dalam membuat pertimbangan dalam melaksanakan bantuan seperti ini. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN TUNAI BULANAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai bulanan untuk isi rumah ini bakal dilaksanakan untuk keluarga yang tidak dapat menjana pendapatan bulanan, terjejas dari segi lanjutan usia dan juga kesihatan.
Tambahan Perdana Menteri, terdapat tiga cadangan bantuan tunai yang bakal dilaksanakan nanti dan ianya akan dipertimbangkan. Perkara ini telah dimaklumkan ketia Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya.

BANTUAN TUNAI BULANAN UNTUK ISI RUMAH
Kita sedia maklum, faktor usia dan kesihatan antara punca mengapa dikalangan kita tidak dapat melakukan aktiviti dalam menjana pendapatan seharian dengan konsistan. Dengan itu, pelbagai usaha kerajaan dalam membantu rakyat agar golongan ini serba mencukupi.
Disebabkan itu pelbagai cadangan insentif dan kemudahan sedang dicadangkan untuk membantu mereka yang terjejas terutama golongan miskin tegar. Usul ini telah dipersetujui menerusi mesyuarat (MTEN) pada Isnin lalu.
BANTUAN BULANAN (MYKASIH SARA)
Sebelum ini, kerajaan bersetuju dan telah melaksanakan sebuah insentif tambahan sebanyak RM600. Bantuan ini diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 yang telah berdaftar melalui sitem E-Kasih.
Walaubagaimanapun, bantuan ini dibayar melalui 6 fasa bayaran dimana bayaran RM100 sebulan akan dikreditkan kedalam MyKad penerima yang berkelayakan.
Bantuan tersebut boleh dimanfaatkan dengan cara membeli barangan keperluan asas dipasaraya berdaftar dan yang terpilih. Semakan untuk bantuan ini boleh disemak melalui web rasmi MySARA – SEMAK DISINI
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.