STR 2024 : Bayaran Sebanyak RM3700 Untuk Kategori Ini

judul gambar

STR 2024 : Bayaran sebanyak RM3700 akan diberikan kepada kategori ini melalui bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024. Bayaran tahun hadapan meningkat berbanding tahun ini hanya RM3100. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

STR 2024 : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Oktober lalu telah berlangsung Belanjawan 2024 yang bertemakan Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah akan diteruskan tahun hadapan.

Dianggarkan seramai 9 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima bantuan tunai ini bermula RM350 sehingga RM3700 mengikut kategori penerima masing-masing yang layak.

BELANJAWAN 2024

JUMLAH BAYARAN

Kerajaan sedia ada sentiasa mengambil kira dan faham dengan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. Dengan situasi seperti ini, jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan di naikkan :

judul gambar
  • Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
  • Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
  • SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)

Jika dilihat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), tempoh bayarannya pun akan berjalan selama 12 bulan. Sebelum ini, tempohnya hanya berjalan 6 bulan sahaja.

str 2024

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM3700

Terdapat kategori yang akan terima bayaran maksimum RM3700 tahun hadapan iaitu :

  • Kategori Isi Rumah (5 orang Anak)
    • RM2500

Jika mereka layak untuk terima bantuan Sumbangan Asas Rahmah, bayaran tambahan sebanyak RM1200 akan diberikan dan jumlah keseluruhan adalah RM3700.

TARIKH BAYARAN

Pada tahun hadapan, kadar bayaran fasa pertama akan dinaikkan kepada :

  • RM300 (kadar lama)
  • RM500 (kadar baru)

Bayaran fasa pertama ini akan mula dibayar bermula Februari 2024 nanti.

PERMOHONAN STR 2024

Untuk makluman, tempoh permohonan STR kali ini berbeza. Seperti yang anda tahu, terdapat tarikh tempoh akhir bagi setiap permohonan, namun kali ini ianya dibuka SEPANJANG TAHUN.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment