Terkini : Cara Permohonan Baru Bantuan STR 2024

Permohonan baru STR 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 akan dilanjutkan pada tahun hadapan. Setiap permohonan baru ataupun kemaskini maklumat kini boleh dilakukan melalui web rasmi MySTR.
STR 2024
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya dan tidak tercicir agar golongan ini dapat manfaat daripadanya.
PERMOHONAN BARU STR 2024
Untuk makluman semua, permohonan baharu STR 2024 kini telah dibuka. Begitu juga dengan kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan data peribadi penerima.
Sebarang permohonan boleh dikemukakan melalui web rasmi MySTR iaitu :

CARA PERMOHONAN BARU STR 2024
Sekiranya anda diantara individu yang belum pernah menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini, permohonan baru kini boleh dikemukakan. Berikut adalah cara untuk mohon :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024 iaitu : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
- Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
- Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN STR 2024
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut setiap kategori penerima nanti :
1. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN
Berikut adalah jumlah rasmi bagi bayaran STR tahun hadapan :
- Isi Rumah (RM2500 kebawah)
- Tiada Anak : RM1000
- 1 – 2 Anak : RM1500
- 3 – 4 Anak : RM2000
- 4 – 5 Anak : RM2500
- Isi Rumah (RM2500 keatas)
- Tiada Anak : RM500
- 1 – 2 Anak : RM750
- 3 – 4 Anak : RM1000
- 4 – 5 Anak : RM1250
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600
- Bujang
- RM350
TARIKH BAYARAN
Kerajaan telah bersetuju agar bayaran fasa pertama STR 2024 nanti akan dinaikkan kepada RM500 berbanding tahun sebelumnya hanya RM350 sahaja. Ianya akan disalurkan bermula :
- Februari 2024
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.