STR 2023

Rasmi : Bayaran STR Tambahan RM600 Dikreditkan Mula Hari Ini

STR Tambahan RM600 dikreditkan mula hari ini kepada penerima yang berkelayakan. STR Tambahan atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah bantuan tambahan yang boleh ditebus dengan hanya menggunakan MyKad anda. Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

STR TAMBAHAN RM600

Untuk pengetahuan anda semua, bantuan ini bukanlah kepada semua penerima STR 2023, tapi ianya merupakan bayaran tambahan kepada penerima STR yang berkelayakan sahaja.

Bantuan STR Tambahan RM600 ini adalah sebahagian daripada Payung Rahmah, sebuah inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dalam menangani kos sara hidup yang meningkat

SYARAT KELAYAKAN

Seperti yang telah diumumkan, STR Tambahan ini bukanlah kepada semua penerima STR 2023, tapi beberapa syarat kelayakan perlulah dipenuhi iaitu :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Sekiranya anda ingin membuat semakan, berikut kami kongsikan cara-caranya :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

TARIKH BAYARAN

Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan STR Tambahan RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu :

  • Julai hingga Disember

Bermakna bayaran bagi bulan November ini telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak.

Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bayaran telahpun selesai dilaksanakan dengan hanya SEKALI BAYAR iaitu RM600.

str tambahan rm600

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button